Majlis Perkahwinan Norlita dengan pasangannya, Wadi yang telah berlangsung di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, mengikut adat Johor pada 23 Mei 2009. Semoga pasangan ini dilimpahi kurnia Allah, dipanjangkan jodoh sehingga ke anak cucu, insya Allah..
Saya terlibat dalam siri fotografi perkahwinan sejak 2008 dan telah terlibat di dalam fotografi perkahwinan umum, fotografi perkahwinan tentera dan pernah terlibat dalam fotografi anak seorang selebriti terkenal tanahair baru-baru ini.
Konsep saya untuk fotografi perkahwinan ialah konsep fotojurnalis. Saya merakamkan foto perkahwinan menurut apa yang benar-benar terjadi pada sesuatu masa sebenar, dan bukan kepada gaya pose yang diarah-arah seperti yang ditawarkan oleh sebilangan jurufoto lain. Ini bagi merakamkan mood sebenar yang natural dan yang benar-benar terjadi untuk dirakamkan sebagai ingatan. Kekuatan konsep ini adalah sejajar dengan rakaman bentuk cerita yang amat mengasyikkan untuk ditatap sepanjang usia. Ramai bakal pengantin sekarang yang sukakan konsep ini.
Hubungi saya sekarang di 012-2994398 untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi termampu untuk anda dan nyatakan keinginan fotografi perkahwinan anda! Rakaman fotojurnalis yang menawan dan mendapat perhatian ramai kini!
- Amay Hamidi -
APPresiasi Momen Cinta
Kuala Lumpur