Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Azizi dan Hani. Majlis sambut menantu telah diadakan di Taman Bukit Anggerik, Cheras pada 21 Mac 2009. Semoga berbahagia selalu dan dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir usia (tua), insya Allah!
Saya terlibat dalam siri fotografi perkahwinan sejak 2008 dan telah terlibat di dalam fotografi perkahwinan umum, fotografi perkahwinan tentera dan pernah terlibat dalam fotografi anak seorang selebriti terkenal tanahair baru-baru ini.
Konsep saya untuk fotografi perkahwinan ialah konsep fotojurnalis. Saya merakamkan foto perkahwinan menurut apa yang benar-benar terjadi pada sesuatu masa sebenar, dan bukan kepada gaya pose yang diarah-arah seperti yang ditawarkan oleh sebilangan jurufoto lain. Ini bagi merakamkan mood sebenar yang natural dan yang benar-benar terjadi untuk dirakamkan sebagai ingatan. Kekuatan konsep ini adalah sejajar dengan rakaman bentuk cerita yang amat mengasyikkan untuk ditatap sepanjang usia. Ramai bakal pengantin sekarang yang sukakan konsep ini.
Hubungi saya sekarang di 012-2994398 untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi termampu untuk anda dan nyatakan keinginan fotografi perkahwinan anda! Rakaman fotojurnalis yang menawan dan mendapat perhatian ramai kini!
- Amay Hamidi -
APPresiasi Momen Cinta
Kuala Lumpur